Duta, konsul dipanggil pulang tak selaras urusan lawatan PM ke UAE

April 11, 2022 · Isu semasa

Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai telah dipanggil pulang ke Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE, akhir bulan lepas.

Menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin, kegagalan itu menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai.

Memetik Bernama, selain itu, liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Perdana Menteri seperti amalan Prosedur Operasi Tetap (SOP) biasa juga tidak ada.

Kedua-dua pegawai itu juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya tentang penganjuran World Government Summit (WGS) dalam Kawasan Ekspo Dubai, dan sekiranya Wisma Putra dimaklumkan awal pastinya usaha akan dibuat supaya Perdana Menteri menyampaikan ucapan di program itu .

Pimpinan tertinggi Wisma Putra hanya mengetahui tentang WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain, kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menghadiri Majlis Penutup WGS pada hari yang sama apabila menerima undangan ke majlis itu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa UAE Reem Ebrahim Al Hashimy

Wisma Putra dalam kenyataan itu berkata kecelaruan itu tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal, lagipun Kerajaan UAE telah menyediakan semua kemudahan kepada Ismail Sabri sebagai Ketua Kerajaan sehingga ke akhir lawatan.

“Tindakan memanggil balik kedua-dua pegawai itu bukan sesuatu yang luar biasa dan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia diambil bagi menjaga kepentingan hubungan bilateral di antara Malaysia dan negara-negara berkenaan, di samping bagi memastikan kompetensi dan kepentingan perkhidmatan awam,” kata kenyataan itu.

Walaupun apa pun, lawatan itu tetap berjaya mencapai objektif-objektif yang disasarkan, kata kenyataan itu lagi.

Semasa pulang Kerajaan UAE mengatur barisan kehormat statik di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum bagi Perdana Menteri dengan negara itu diwakili oleh Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital UAE, Omar bin Sultan Al Olama.

Semasa di lapangan terbang itu, Omar menyampaikan undangan Kerajaan UAE kepada Ismail Sabri untuk menyampaikan Ucap Utama di WGS akan datang (2023), dengan Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya menerima undangan itu.

Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke UAE dari 29-31 Mac lepas, sempena Ekspo 2020 Dubai dengan beliau menghadiri Majlis Penutup Pavilion Malaysia dan Majlis Apresiasi bagi Pegawai dan Staf Pavilion Malaysia di Ekspo berkenaan.

Ismail Sabri juga juga menghadiri Majlis Pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman antara syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat antarabangsa sempena Ekspo 2020 Dubai.

Semasa lawatan itu Perdana Menteri juga telah mengadakan perjumpaan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Sementara itu, kenyataan sama menyebut Wisma Putra juga kesal dengan laporan portal berita Free Malaysia Today berhubung dua diplomat itu dipanggil balik yang disiarkannya pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan kandungan laporan itu, jelas sekali sumber-sumber yang dirujuk atau dipetik bukannya datang daripada pegawai atau pihak yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan urusan lawatan itu.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok