Duduk rumah, jangan keluar jika tidak ada keperluan, titah Agong

May 11, 2021 · Isu semasa

Rakyat jelata dinasihati agar duduk rumah dan jangan keluar rumah jika tidak ada keperluan mendesak ekoran penularan Covid-19 yang semakin mengganas ketika ini, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sultan Abdullah mengajak orang ramai untuk bersama membantu petugas barisan hadapan yang sudah keletihan tidak berhenti melawan Covid-19 sejak ia bermula Mac tahun lalu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Baginda turut mengulangi titah nasihat baginda baru-baru ini supaya rakyat mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga dengan sentiasa berdisiplin mematuhi larangan-larangan dan arahan-arahan terkini yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya.

“Titah nasihat Sultan Abdullah itu adalah bagi mengelakkan negara ini dibadai tsunami Covid-19 seperti yang dialami oleh beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat bahawa mereka dilarang sama sekali melakukan pergerakan rentas negeri dan daerah mengikut keputusan MKN dan Kementerian Kesihatan, yang mana perkara itu selaras dengan prinsip menjaga kemaslahatan ummah dan hifzu an-nafs.

Agong juga amat memahami keluh-kesah rakyat di peringkat akar umbi yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19, dan sehubungan dengan itu, baginda menzahirkan harapan agar masalah dan kelangsungan hidup rakyat ditangani serta dipelihara oleh kerajaan dan semua pihak yang bertanggungjawab, katanya.

“Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan mendadak sejak kes positif harian dicatatkan mencecah 4,000 kes di negara ini sejak minggu lalu.

“Oleh hal yang demikian, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat melipatgandakan lagi usaha yang sedang dan akan dilakukan untuk melandaikan kes positif harian wabak ini yang telah memberikan kesan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Ahmad Fadil berkata baginda turut menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri masing-masing untuk bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan serta para petugas barisan hadapan menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan usaha-usaha memerangi wabak tersebut.

Sultan Abdullah juga menzahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama padu dan komitmen tinggi daripada semua pihak, negara mampu melandaikan penularan jangkitan Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang dicintai.

“Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini dan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama baginda berdua mendoakan semoga negara sentiasa diberkati dan dilindungi serta ancaman wabak Covid-19 ini dapat diakhiri dengan segera,” kata Ahmad Fadil.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
4 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
4 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok