Duduk rumah, jangan berhimpun, berdoa henti wabak: Sultan Selangor

May 11, 2021 · Isu semasa

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menasihati rakyat supaya berwaspada dan sederhana dalam menyambut Aidilfitri nanti, susulan peningkatan penularan wabak Covid-19, khususnya di negeri itu.

Dalam kenyataan malam tadi, baginda turut menzahirkan rasa bimbang dengan jumlah jangkitan baharu dan kematian akibat Covid-19 di Selangor yang semakin meningkat.

“Susulan meningkatnya jumlah kes-kes baharu jangkitan wabak Covid-19 yang sangat berbahaya, beta menyeru rakyat jelata agar menyambut Hari Raya kali ini dalam suasana yang sederhana dan waspada memandangkan Negeri Selangor masih lagi berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” titah baginda.

Sultan Selangor juga berharap rakyat tidak mengambil mudah dengan bahaya wabak ini dan terus peka dengan situasi terkini di lokasi masing-masing.

“Beta juga mahu setiap individu yang perlu keluar ke tempat awam untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan khususnya memastikan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka pada setiap masa.

“Beta amat bimbang dengan angka kes-kes jangkitan baharu dan kematian di Negeri Selangor yang semakin meningkat setiap hari,” titah baginda.

Baginda juga berharap rakyat bersama-sama membantu pihak berkuasa untuk menghentikan penularan wabak ini sepenuhnya.

Pada masa sama baginda, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya di Negeri Selangor dan di Malaysia am-nya.

“Duduk di rumah, jangan berhimpun, berdoa hentikan wabak,” titah baginda.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok