Duduk lama punca sakit belakang

February 22, 2022 · Isu semasa

 Sejak kes Covid-19 meningkat, kebanyakan majikan membenarkan pekerja peringkat pengurusan dan pengawasan di sektor awam dan swasta bekerja dari rumah bermula.

Bukan sahaja terpaksa membiasakan diri dengan norma baharu itu, malah perlu tangani cabaran termasuk gangguan konsentrasi menyebabkan mereka perlu lebih lama duduk di depan komputer.

Kesan duduk terlalu lama bukan sesuatu yang baik untuk kesihatan dan menurut Pengasas Stretch Kinetics Atlanta Amerika Syarikat, Dr Erin Policelli, ia boleh memberi tekanan kepada bahagian belakang.

“Duduk yang berpanjangan menimbulkan keadaan kekejangan ‘myofascial’, ketidakseimbangan sendi, kelemahan otot dan ketidakstabilan pada bahagian belakang.

“Lalu mengakibatkan ketegangan yang berterusan di punggung dan memberi kesan kepada pelvis, tulang rusuk dan diafragma serta melemahkan otot gluteus,” katanya.

Atas sebab itu mereka kerap bekerja dengan cara duduk lebih mudah untuk rasa kaku, tegang, lenguh dan letih terutama bahagian atas badan seperti leher serta bahu berbanding kerja memerlukan pergerakan seluruh badan.

Dalam pada itu, ramai yang tidak menyedari bahawa situasi†itu boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan kerana tidak mengamalkan ergonomik yang betul.

Pemilihan jenis kerusi yang tidak sesuai dan postur badan yang tidak betul boleh menyumbang kepada sakit belakang, lenguh pada leher dan bahu atau lebih serius mengalami ‘slipped disc’ (cakera teranjak).

Malah kajian yang dijalankan mendapati duduk terlalu lama boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan kurang pengaliran darah ke otak.

Ramai yang terlepas pandang bahawa pekerja wanita antara yang berisiko tinggi berdepan masalah ini kerana saiz dan jenis kerusi yang biasa digunakan tidak sesuai dengan badan.

Nampak seperti remeh, namun kesannya amat besar sehingga perlu menjalani pembedahan berikutan masalah ini boleh mengganggu fokus dan prestasi kerja.

Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH), Dr Shawaludin Husin berkata, ramai dalam kalangan pekerja dan majikan kurang menitik beratkan perkara ini.

Berdasarkan pengalamannya yang terbabit dalam bidang ini, dianggarkan hanya 20 hingga 30 peratus pekerja mempunyai kesedaran kepentingan ergonomik.

“Ramai yang beranggapan dengan hanya duduk, mereka tidak terdedah kepada bahaya kesihatan berbanding pekerjaan membabitkan fizikal.

“Namun perlu diketahui cara duduk yang tidak betul dan penggunaan kerusi yang tidak sesuai dalam tempoh lama boleh menyebabkan kesakitan di bahagian belakang badan seperti pinggul, pinggang, leher, bahu dan belikat.

“Ia boleh menjadi lebih serius apabila mengalami ‘slipped disc’ yang boleh mengganggu fokus dan produktiviti kerja,” ujarnya.

Menurutnya, kebiasaannya mereka yang mempunyai skop tugas seperti membuat akaun, kertas kerja, operator telefon, streamer dan pempengaruh antara yang terdedah dengan risiko masalah ini.

“Biasanya pekerjaan ini menuntut mereka untuk duduk lebih lama di hadapan komputer sehingga memberi kesan terhadap kesihatan tanpa disedari,” katanya.

Dr Shawaludin berkata, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan duduk boleh memberi kesan kepada kesihatan.

“Ia berpunca daripada beban statik yang berlaku apabila seseorang itu duduk dalam keadaan pegun untuk masa lama iaitu.

“Keadaan ini menyebabkan beban badan terpaksa ditampung tulang belakang, pinggul dan pinggang sehingga menyebabkan ketidakselesaan,” katanya.

Bagi mencegah permasalahan ini, beliau menyarankan, seseorang itu menetapkan masa antara 45 minit sehingga sejam untuk bangun sementara daripada kerusi.

“Lakukan senaman regangan dan berjalan sebentar untuk kurangkan tekanan di belakang badan sebelum kembali menyambung tugasan,” kataya.

Pada masa sama, penggunaan peralatan tambahan seperti pemijak kaki khas (footrest) dapat membantu menolak lutut tinggi sedikit dan badan ke belakang.

“Ini secara tidak langsung menolak pinggang dan pinggul ke tempat sandar kerusi sekali gus mengurangkan tekanan di belakang badan.

“Gunakan kerusi yang boleh diselaraskan sokongan lumbar dan mempunyai sokongan leher. Kemudian, laraskan skrin komputer ke paras mata untuk mengelakkan tunduk terlalu lama,” katanya.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
17 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
26 minit lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
39 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
2 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok