Dua tren LRT terbabit kemalangan sudah dikeluarkan dari lokasi nahas

May 27, 2021 · Isu semasa

Kedua-dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) TR40 dan TR81 yang terbabit kemalangan Isnin lalu sudah dibawa keluar dari tempat nahas awal pagi tadi, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Katanya, Team Recovery Rapid Rail mengeluarkan kedua-dua tren itu pagi tadi selepas bekerja 24 jam dengan TR40 dibawa ke depoh Subang pada jam 3.45 pagi, manakala TR81 tiba di Gombak pada 4.51 pagi.

“Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan landasan dari Stesen Kampung Baru ke Stesen KLCC.
“Akan tetapi, Team Recovery terpaksa menutup bekalan kuasa elektrik untuk seluruh laluan yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai yang mana ianya melibatkan lima buah stesen LRT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lima stesen LRT yang terbabit ialah Damai, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru dan Dang Wangi.

Wee berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan melakukan pemeriksaan tahap keselamatan penggunaan landasan sebaik sahaja laluan berkenaan selesai diperbaiki.

Katanya operasi LRT dari laluan Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni membabitkan tujuh buah stesen akan menggunakan satu landasan dan masa yang diambil untuk sesebuah tren melaluinya adalah 16 minit.

Beliau memberi jaminan Prasarana akan berusaha memperbaiki landasan itu supaya perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya akan pulih sepenuhnya.

Sebelum ini, Prasarana menganggarkan kerja membaik pulih perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang terlibat kemalangan Isnin dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga hari lagi dengan operasi berjalan 24 jam tanpa henti oleh jurutera yang bertugas.

Isnin lalu, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji bertembung kira-kira jam 8.45 malam.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok