Dua suspek tipu perunding kewangan lebih RM600,000 ditahan

June 17, 2022 · Isu semasa

Polis menahan dua suspek, seorang lelaki dan wanita berumur 56 dan 57 tahun, bagi membantu siasatan kes penipuan dokumen perbankan melibatkan kerugian lebih RM600,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata kedua-dua suspek yang merupakan dalang utama kes berkenaan ditahan di Jalan Bukit Bintang pada jam 12.20 tengah hari semalam, lapor Bernama.

Beliau berkata tangkapan berkenaan adalah susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang perunding kewangan pada 10 Jun lepas yang mendakwa beliau ditipu ketika berurusan dengan kedua-dua suspek bagi mendapatkan dokumen ‘Standby Letter Of Credit’ yang bernilai USD 250 Juta dari bank di luar negara bagi menjalankan perniagaan antarabangsa di Korea.

“Mangsa telah membuat bayaran tunai secara berperingkat pada 27 Feb dan 2 Mac lepas berjumlah keseluruhan RM629,000 kepada suspek lelaki bagi tujuan bayaran wang pemprosesan.

“Pada 4 Mac lepas, mangsa telah menerima e-mel dari pihak ketiga yang mengemukakan dokumen berkenaan urus niaga tersebut dan curiga dengan dokumen itu beliau telah membuat pengesahan di sebuah bank tempatan dan ia disyaki palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 20 Jun ini dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Mahidisham turut menasihati orang ramai supaya membuat semakan dengan menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan Bank Negara Malaysia (BNMTELELINK) di talian 1300 88 5465.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku, kata saksi dalam kes Altantuya
May 18, 2022· Isu semasa
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
11 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok