Dua rayuan Rosmah supaya hakim tarik diri didengar 22 November

July 14, 2022 · Isu semasa

Dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 22 November ini.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu merayu terhadap dua keputusan Hakim Mohamed Zaini pada 14 Disember 2021 dan 25 April lepas yang menolak permohonannya bagi hakim itu menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn ketika dihubungi berkata tarikh pendengaran itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Tan Chai Wei pada pengurusan kes yang berlangsung melalui sidang video hari ini.

“Pihak-pihak terlibat perlu memfailkan hujahan bertulis pada 8 November ini,” katanya menurut Bernama.

Peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Rosmah menfailkan dua permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar perbicaraan kesnya dan kedua-duanya ditolak oleh hakim berkenaan.

Dalam permohonannya, Rosmah antara lain menyatakan alasan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berat sebelah berlaku sekiranya Hakim Mohamed Zaini mendengar dan memutuskan kes pengubahan wang haram kerana hakim sama turut mendengar satu lagi kes yang dihadapinya berkaitan projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak.

Rosmah, 70, berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Mohamed Zaini pada 22 Julai ini.

Bagi kes solar, Hakim Mohamed Zaini menetapkan 1 September ini untuk keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan dengan tiga pertuduhan rasuah.

Berita berkaitan
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan jadi sasaran peguam Najib, buat bantahan
January 19, 2023· Isu semasa
Perbicaraan rayuan kes solar Rosmah dijadual semula pada Julai depan
January 6, 2023· Isu semasa
Jun 2023 pendengaran rayuan Rosmah bersabit hukuman penjara 10 tahun
December 19, 2022· Isu semasa
Kes Roger Ng tertangguh, hakim tetap 10 Jan tarikh urus kes
October 19, 2022· Isu semasa
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
16 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
16 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
13 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok