Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga

September 28, 2022 · Isu semasa

Tiga stesen bacaan paras air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, sehingga jam 11 pagi ini (28 September 2022) merekodkan paras air berada pada status berjaga-jaga apabila ia melebihi paras purata laut.

Menurut laman sesawang InfoBanjir JPS, bacaan paras air di Stesen Taman Sri Muda, Klang ialah pada 4.42 m (berjaga-jaga) melebihi paras laut, berbanding, bacaan normal pada 2.8 m.

Tahap amaran di stesen itu ialah 4.7 m, manakala paras bahaya ialah 5 m.

“Manakala bacaan paras air di Bukit Changgang, Kuala Langat pula ialah 3.6 m berbanding 1.9 m (normal). Paras amaran bagi stesen itu ialah 3.8 m dan 4.2 m (bahaya).

“Bacaan paras air direkodkan Stesen Kampung Sungai Manggis di Kuala Langat pula ialah 2.36 m berbanding 0.5 m (normal. Paras amaran ialah 2.7 m dan 3.2 m (bahaya),” menurut rekod laman sesawang itu.

Sementara itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Klang, susulan banjir di beberapa tempat di daerah berkenaan kerana air pasang besar bulan ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang berkata, PPS bagi mangsa banjir Kampung Delek Baru ialah Sekolah Rendah Agama Kampung Delek.

“Bagi mangsa banjir Kampung Sungai Sireh Tambahan, mereka akan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sireh.

“Mereka yang terbabit boleh menghubungi wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung atau terus ke PPS berkenaan,” menurut Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang, hari ini.

Pagi tadi katanya, penguat kuasa PDT Klang juga sudah membawa mangsa banjir di Kampung Sungai Sireh ke PPS berkenaan.

Sebelum ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan makluman berhubung paras air sepanjang September, berikutan air pasang besar.

Pada September ini, paras air laut tertinggi di Stesen Pelabuhan Klang dijangka pada 12 September iaitu 5.5 meter pada jam 7.18 pagi.

Menurutnya, pada 11, 13 dan 28 September pula, paras air 5.4 meter sekitar jam 6.42 pagi hingga 7.49 pagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Hujan lebat sejak malam tadi, Lembah Klang banjir
November 17, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
1 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
13 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok