Dua perkara dalam RUU Larangan Tukar Parti akan diperhalusi semula

June 2, 2022 · Isu semasa

Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara berhubung Rang Undang-undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas selepas dibentangkan pada mesyuarat Kabinet semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berkaitan pindaan perlembagaan itu dan Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, lapor Bernama.

“Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas,” kata Wan Junaidi dalam satu kenyataan hari ini, tanpa mendedahkan butiran mengenai perkara yang dibangkitkan.

Menurutnya, mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Memaklumkan bahawa RUU itu secara keseluruhannya diambil maklum oleh Kabinet, Wan Junaidi berkata persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini (2022) untuk diteliti, seterusnya memuktamatkan RUU tersebut.

Dilaporkan sebelum ini RUU Larangan Bertukar Parti dijangka dibentangkan seawal pertengahan Julai iaitu ketika Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Kelima bermula 18 Julai. Jika RUU itu dapat dibentang dan diluluskan pada sidang tersebut, ia boleh diwartakan seawal Januari tahun depan.

Berita berkaitan
PRU-15: Akar umbi berbeza pendirian, kem pro-Zahid dan Ismail Sabri bertembung?
June 12, 2022· Politik
Undang-undang larangan merokok generasi muda akan diperkenal
June 11, 2022· Isu semasa
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022· Isu semasa
PM putuskan tak perlu mesyuarat khas bahas lompat parti: Wan Junaidi
June 10, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok