Dua pelakon tak sempat sambut Aidilfitri, positif Covid-19

Dua pelakon popular, Nora Danish dan Tiz Zaqyah tidak sempat menyambut Aidilfitri kali ini selepas mereka disahkan positif Covid-19 dan terpaksa diasingkan daripada orang awam.

Kedua-dua mereka membuat kenyataan yang dikongsi dalam akaun Instagram hari ini dan memberitahu diarahkan supaya menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positif Covid-19 pada hari ini. Semalam, Nora ada buat ujian calitan kerana mempunyai kontak rapat kategori C.

“Keputusan pagi tadi mendapati saya positif walaupun tiada sebarang simptom.

“Sekarang Nora kuarantin sendiri dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka juga sudah melakukan ujian calitan,” kongsi Nora dalam laman Instagramnya.

Nora juga menggesa sesiapa yang ada kontak rapat dengannya 4 hingga 8 Mei lalu supaya melakukan ujian Covid-19.

“Bagi sesiapa yang ada jumpa saya antara 4 hingga 8 Mei lalu, tolong lakukan ujian calitan, jaga diri dan maafkan saya,” katanya.

Sementara itu, Tiz Zaqyah turut berkongsi dia mengalami simptom seperti batuk dan badan menggigil.

“Semuanya bermula ketika saya mengalami batuk dan badan menggigil. Saya dapat rasakan keadaan badan saya tidak seperti selalu,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR