Dua pekerja maut jatuh Stadium Sultan Ibrahim

June 13, 2022 · Isu semasa

Dua pekerja pembersihan kontrak di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, maut terjatuh ketika membuat kerja-kerja pembersihan, tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi, didapati dua pekerja lelaki berusia 34 dan 35 tahun itu, maut di tempat kejadian.

“Kedua (mangsa) warga tempatan dan kejadian (berlaku) lebih kurang jam 12.30 tengah hari semasa melakukan kerja pembersihan,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut masih dilakukan termasuk bagi mengenal pasti punca kejadian.

Kamarul Zaman berkata, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan bersimpati di atas kejadian yang menimpa pekerja daripada syarikat pembersihan profesional, yang dikontrakkan oleh JDT untuk menyelenggara fasiliti.

JDT pada masa sama turut memaklumkan sedang menunggu laporan penuh mengenai insiden itu daripada pihak berwajib, dan syarikat yang dikontrakkan untuk menyelenggara Stadium Sultan Ibrahim.

Berita berkaitan
Seorang lelaki maut jatuh tingkat 4 selepas kantoi dengan suami kekasih
June 26, 2022· Isu semasa
Bursa Malaysia lemah, lautan merah selepas banyak kaunter alami kerugian
June 13, 2022· Isu semasa
Polis minta saksi kemalangan maut di NKVE tampil
June 11, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
1 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok