Dua lokaliti di Perak, Sabah kena PKPD esok, Isnin

October 2, 2021 · Isu semasa

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Chadak, Tanjung Rambutan, Kinta, Perak dan Kampung Mokodou, Ranau, Sabah selama 14 hari.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD di Kampung Orang Asli Chadak dan Kampung Mokodou masing-masing akan bermula esok serta Isnin ini.

Perak hari ini merekodkan 862 kes, turun berbanding 959 yang dicatatkan semalam. Tanjung Rambutan sahaja hari ini mencatatkan 39 kes baharu.

Sabah pula merekodkan 784 kes baharu hari ini turun berbanding 872 kes semalam, dengan Ranau mencatat 77 jangkitan baharu menjadikan kini terdapat 915 kes aktif di daerah itu.

Dalam kenyataan hari ini, Rodzi berkata, PKPD dilaksanakan di lokaliti terbabit setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

“Selain itu, PKPD membabitkan Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentong, Pahang yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan 14 hari lagi berakhir 17 Oktober,” katanya.

Menurutnya PKPD di Kampung Tamu Darat, Kota Belud, Sabah dan empat lokaliti di Pahang akan ditamatkan mengikut jadual esok.

Katanya, lokaliti berkenaan membabitkan Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang serta Kampung Sungai Chohong di Lembah Bertam, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, serta Kampung Orang Asli Sungai Koi, Hulu Cheka, Jerantut.

“PKPD di PASDEC Bandar Damansara, Kuantan, Pahang pula ditamatkan hari ini lebih awal dijadual pada Jumaat ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok