Dua lelaki disyaki guna borang rentas negeri palsu ditahan

May 30, 2021 · Isu semasa

Dua lelaki dipercayai memalsukan borang rentas negeri untuk ke Kelantan berjaya ditahan polis semasa sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Bentong semalam.

Kedua-dua lelaki berumur 25 dan 34 tahun itu ditahan pada 6.30 petang selepas anggota polis meragui nombor siri pada borang yang dikemukakan mereka, kata Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar.

“Anggota bertugas juga meragui kesahihan cap dan tandatangan ketua balai yang didakwa meluluskan borang itu menyebabkan pegawai polis di lokasi menghubungi balai polis terlibat.

“Semakan mengesahkan nombor siri itu tidak wujud selain polis di balai berkenaan tidak pernah menerima permohonan daripada kedua-dua lelaki tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Beliau berkata kedua-dua lelaki kini disiasat mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Pemeriksaan lebih ketat akan terus dilakukan di sempadan daerah ini sama ada dari Selangor atau Negeri Sembilan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di Pahang dapat dikawal,” katanya sambil menambah setakat semalam, tujuh individu telah ditahan di SJR Bentong bagi membantu siasatan memalsukan borang rentas negeri.

Berita berkaitan
PDRM menafikan laporan kewujudan akaun palsu FB libatkan anggota
August 6, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Dua anggota polis iring anak MP UMNO kena tindakan tatatertib
August 4, 2022· Isu semasa
Taktik penipuan perdaya mangsa tawar Skim Bantuan Khas Covid-19
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
5 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
4 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
4 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok