Dua ladang di Perak dikesan kes penyakit Demam Babi Afrika

September 19, 2022 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di dua ladang komersial ternakan itu di daerah Kerian, Perak pada 17 dan 18 Sept lepas.

Kenyataan DVS hari ini memaklumkan perkara itu disahkan melalui ujian reaksi rantai polimerase oleh Institut Penyelidikan Veterinar dan tindakan kawalan serta pencegahan rebakan penyakit ASF telah dilaksanakan, lapor Bernama.

“Ladang dijangkiti telah disita dan ditahan daripada sebarang pergerakan keluar masuk babi dan kenderaan selain pemantauan (survelan), pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial di kawasan terjangkit turut dilakukan.

“Bilik Gerakan di DVS Perak dan Pejabat Veterinar Daerah Kerian telah diaktifkan dengan penglibatan Pejabat Daerah Kerian. Syarat pindah babi dan produk babi dari Negeri Perak ke seluruh Semenanjung Malaysia juga diperketat,” menurut kenyataan itu.

Katanya selain itu, tindakan pelupusan segera ke atas baki populasi ternakan tersebut di ladang terjangkit ASF dan daya jejak ke atas kenderaan pengangkut babi yang terlibat dengan ladang dijangkiti turut dilaksanakan.

Menurut DVS, setakat ini wabak itu terkawal dan jangkitan hanya berlaku di daerah Kerian namun orang ramai dinasihat agar tidak panik kerana penyakit ASF adalah tidak zoonotik (tidak berjangkit pada manusia) dan semua pihak diminta membuat laporan jika terdapat kematian luar biasa serta tanda klinikal yang disyaki penyakit berjangkit pada ternakan terbabit di ladang komersial dan rumah sembelih.

“Penternak dinasihatkan untuk tidak menghantar babi ke rumah sembelih sekiranya ada tanda klinikal disyaki penyakit di ladang. Kenderaan pengangkut babi mesti melalui proses disinfeksi secara menyeluruh sebelum dan selepas keluar dari kawasan rumah sembelih.

“Sila laporkan dengan kadar segera kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau terus ke Hotline Bilik Pengurusan Krisis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya menerusi talian 03-8870 2041,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut semua ladang babi komersial diminta memperkukuh amalan dan kemudahan biosekuriti di premis masing-masing dengan memastikan pagar perimeter lengkap, tidak berkongsi kenderaan pengangkut babi dengan ladang lain, disinfeksi pakaian serta peralatan ladang dan disinfektan perlu bersesuaian mengikut sukatan pada label.

Penternak dan pekerja ladang juga dinasihat agar tidak melawat ladang lain manakala orang ramai dinasihat agar tidak membeli babi hidup secara terus dari ladang atau kenderaan pengangkut bagi mengurangkan risiko jangkitan ASF.

Berita berkaitan
Ahmad Bashah akui buat keputusan terima cadangan ladang Musang King
July 19, 2022· Isu semasa
Isu ladang durian, Sanusi minta Mukhriz-Ahmad Bashah berhenti tuduh menuduh
July 13, 2022· Isu semasa
Kawasan Musang King di Baling dipercayai dibalak antara 2018-2019: MB Kedah
July 11, 2022· Isu semasa
Isu ladang di hutan, SPRM akan siasat jika terdapat unsur rasuah
July 10, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
7 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
7 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
8 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
6 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok