Dua kluster baharu rekod terendah sejak Mac, kes di lima negeri naik

October 23, 2021 · Isu semasa

Negara hari ini buat pertama kali merekodkan hanya dua kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu hanya dua kluster baharu dikesan menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 5,719 kluster dengan 5,162 telah ditamatkan dan 557 masih aktif.

Katanya, kedua-dua kluster baharu itu membabitkan tempat kerja di Jalan Sentol Kluang, Johor melibatkan 10 daripada 63 individu yang disaring.

“Satu lagi kluster tempat kerja ialah di Blok 03, Kinabatangan, Sabah yang membabitkan 19 individu daripada 55 yang disaring,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengikut rekod kali terakhir jumlah kluster terendah dikesan ialah pada 13 Mac 2021 lalu, yang melibatkan dua kluster iaitu di Nusajaya, Johor dan Jalan Pria, Kuala Lumpur. Kedua-duanya adalah kluster tempat kerja.

Sebelum itu, tiga kluster iaitu Kluster Ceram (tempat kerja) di Seremban, Negeri Sembilan; Kluster Pulau Berhala di Sabah (komuniti); dan Kluster Jalan Tampoi di Johor Bahru, dikesan pada 6 Disember 2020.

Sementara itu, hanya lima negeri hari ini yang mencatat kenaikan jangkitan Covid-19, berbanding semalam, sementara negeri dan Wilayah Persekutuan lain merekodkan penurunan di bawah angka 600 kes, kecuali Selangor.

Perak merekodkan 411 jangkitan baharu hari ini berbanding 381 semalam, diikuti Pahang (335 baharu, 302 semalam); Melaka (223 baharu, 183 semalam); Negeri Sembilan (199 baharu, 192 semalam); dan Labuan (tiga kes baharu, dua kes semalam).

Selangor walaupun mencatat hari ini, namun jumlah kes baharu kekal tertinggi apabila merekodkan 1,039 kes berbanding 1,322 semalam.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 9,178 pesakit Covid-19 disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,320,391 kes pulih berbanding 2,426,050 kes positif.

Mengenai kes hari ini, beliau berkata daripada 5,828 jangkitan baharu, 5,821 adalah kes tempatan yang turut melibatkan 257 bukan warganegara, dan tujuh kes import dengan dua daripadanya bukan warganegara.

“Daripada jumlah kes baharu itu juga 97 pesakit atau 1.7 peratus melibatkan kategori 3, 4, dan 5, manakala 5,731 lagi adalah pesakit kategori 1 dan 2,” katanya.

Seramai 620 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 297 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM, MOSTI diberi kuasa muktamadkan perolehan vaksin, kata Zafrul
July 28, 2021
Dakwaan kes culik murid di tiga negeri tak berasas, palsu: Polis
September 27, 2022
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok