Dua kes baru di Langkawi hari ini

September 23, 2021 · Isu semasa

Pulau peranginan Langkawi yang dibuka kepada pelancong mulai 16 September lalu, hari ini mencatat rekod apabila hanya melaporkan dua kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNKedah) menunjukkan dua jangkitan positif itu dicatatkan di Kampung Pasir Hitam, Mukim Air Hangat, hasil saringan bergejala dan kontak rapat.

Dua kes baharu itu adalah yang terendah pernah dicatatkan sejak pulau itu dibuka semula kepada pelancong Khamis minggu lalu menerusi menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik yang menjadi penanda aras bagi membolehkan lebih banyak pusat peranginan dibuka di seluruh negara.

Bagaimanapun sejak gelembung pelancongan domestik dilancarkan sehingga kini, tiada kes jangkitan Covid-19 membabitkan pelancong domestik yang dikesan di pulau peranginan itu.

Menurut statistik dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, 37 pesakit disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam itu, menjadikan kini terdapat 384 kes aktif.

Secara keseluruhan, Langkawi merekodkan 4,877 kes positif dengan 4,427 disahkan sembuh, manakala 66 kematian direkodkan sejak tahun lalu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
December 1, 2022· Politik
Bekas MP BN Langkawi meninggal dunia di Jerman
November 28, 2022· Isu semasa
Doakan PM dari Perikatan Nasional angkat sumpah hari ini: Sanusi
November 21, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
2 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
15 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
15 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
15 jam lalu · Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok