Dua kemungkinan keputusan mahkamah setelah Najib kemuka bukti baharu

December 3, 2021 · Isu semasa

Seorang peguam hari ini menampilkan dua kemungkinan yang akan berlaku pada 7 Disember ini di mana mahkamah akan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak yang mengemukakan bukti baharu berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggariskan ada dua kemungkinan yang boleh berlaku dari segi kedaulatan undang-undang berhubung permohonan bekas Perdana Menteri itu pada 7 Disember ini.

Dua kemungkinan itu menurutnya ialah:

a. Jika mana-mana pihak memohon masa untuk failkan afidavit yang perlu untuk menampilkan fakta lanjutan berkaitan permohonan itu, dan dapat meyakinkan Mahkamah Rayuan bahawa permohonan itu perlu ditangguhkan pendengarannya untuk tujuan itu, maka bicara permohonan itu masih boleh lagi ditangguh, dan oleh yang demikian tarikh keputusan rayuan juga akan secara susulan ditangguh sehingga selepas pendengaran permohonan itu, atau

b. Jika Mahkamah Rayuan teruskan dengan bicara permohonan pada 7 Disember ini, maka:

i. Selepas mendengar permohonan itu, dan jika Mahkamah Rayuan itu tidak berpuas hati bahawa Najib telah berjaya memenuhi semua elemen wajib yang diperlukan di bawah prinsip undang-undang untuk membolehkan penganugerahan kebenaran bagi tujuan penampilan keterangan baru, maka permohanan itu boleh ditolak, dan keputusan rayuan diteruskan penganugerahan pada 8 Disember atau,

ii. Selepas mendengar permohonan itu, dan jika Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa Najib telah berjaya memenuhi kesemua elemen wajib yang diperlukan di bawah prinsip undang-undang untuk membolehkan penganugerahan kebenaran bagi tujuan penampilan keterangan baru, maka permohanan itu boleh dibenarkan dengan arahan lanjut berkaitan penerimaan dan pengambilan mana-mana keterangan baru oleh Mahkamah Rayuan yang berkemungkinan akan memerlukan penetapan tarikh pendengaran keterangan baru sebelum keputusan rayuan diberikan, dan oleh itu keputusan rayuan juga akan secara susulan ditangguh sehingga selepas proses penerimaan dan pengambilan keterangan baru itu.

Terdahulu, mahkamah akan mendengar permohonan Najib yang mengemukakan bukti baharu berhubung kes itu pada 7 Disember, sehari sebelum keputusan rayuannya bersabit hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.

Keputusan rayuan Najib mengetepikan sabitan dan hukuman itu akan diputuskan pada 8 Disember ini, tetapi Najib pada saat akhir membuat permohonan untuk memasukkan bukti baharu melibatkan pembabitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pada 28 Julai tahun lalu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Mengulas lanjut, Haniff Khatri berkata setiap kemungkinan ini adalah berpandukan kepada prinsip Kedaulatan Undang-Undang yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada semua individu yang menghadapi proses perundangan jenayah di negara ini.

“Rakyat Malaysia adalah disarankan memahami dan sabar menanti proses keadilan jenayah pada 7 Disember tanpa dengan tergesa-gesa menampilkan mana-mana persepsi negatif terhadap mana-mana pihak,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Ringgit jatuh semula hari ini
December 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok