Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan

October 3, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menjangka seramai lebih dua juta pekerja asing akan memasuki negara bagi tempoh tempoh satu atau dua bulan lagi untuk bekerja dalam sektor yang memerlukan.

Perkara itu diberitahu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang berkata kemasukan pekerja asing tersebut akan dapat meredakan rungutan kekurangan pekerja dalam sektor tertentu sebelum ini.

“Setakat hari ini, kita ada 1.3 juta pekerja asing sedang bekerja dalam negara. Seramai 240,000 pekerja lagi, sudah bayar eVDR (Visa Dengan Rujukan), bermakna pekerja akan masuk dalam masa terdekat, ini akan menjadikan sejumlah 1.5 juta pekerja.

“Selain itu, 640,000 pekerja asing sedang dalam proses mengadakan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) di negara sumber, menjadikan dua juta pekerja asing di negara ini. Mereka akan masuk ke negara ini secara teratur dalam tempoh satu, dua bulan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama persatuan pelbagai sektor berkaitan keperluan pekerja asing hari ini.

Bagaimanapun, Saravanan berkata aspek kawalan kemasukan pekerja asing tetap dipantau agar tidak berlaku limpahan pekerja kemudiaannya nanti.

“Kita bukan benarkan saja mereka masuk, kita kena jaga dan kawal keadaan. Satu Malaysia hendak pekerja asing tetapi kita kena kawal atau negara kita akan dibanjiri pekerja asing.

“Tidak pernah kita ada lebih 1.8 juta pekerja asing. Tapi atas permintaan industri, akan ada dua juta pekerja asing dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak industri perlu menyatakan dengan jelas kekangan yang mereka hadapi dalam mendapatkan dan membawa masuk pekerja asing.

“Adakah dari segi kelulusan kuota atau kelulusan eVDR daripada Jabatan Imigresen atau duta berkaitan atau masalah di negara sumber?

“Menerusi perjumpaan ini, kita dapat mengenal pasti beberapa isu dan kita akan adakan perbincangan lanjut dengan menteri berkaitan untuk menangani perkara ini,” katanya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok