Dua juta belia, pelajar IPT boleh tuntut kredit e-tunai 1 Jun

Dua juta belia dan pelajar sepenuh masa rakyat Malaysia yang layak, dipelawa menuntut kredit e-tunai yang akan dibuka mulai 1 Jun nanti, kata Kementerian Kewangan.

Setiap belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang layak akan mendapat RM150 e-kredit daripada penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang turut menyediakan insentif tambahan mengikut kempen masing-masing.

“Sukacita diumumkan Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula 1 jun 2021.

“Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai,” kata Kementerian Kewangan.⠀

Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak.

“Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta.

“Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai,” katanya.

Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

BERITA BERKAIT
POPULAR