Dua firma guaman wakili Najib bertelagah sesama sendiri

August 25, 2022 · Isu semasa

Pertikaian tercetus antara dua firma guaman yang mewakili Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan bagi rayuan terakhir sabitan dan hukuman kesalahan berkaitan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Datuk Zaid Ibrahim dan rakan kongsinya Liew Teck Huat daripada firma guaman Zaid Ibrahim Sufian TH Liew & Partners telah menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada firma Shafee & Co membuat kenyataan “salah” di mahkamah terbuka awal minggu ini dan memohon rekod mengenai representasi Najib diperbetulkan.

Dalam sepucuk surat kepada hakim Mahkamah Persekutuan, Zaid dan Liew menolak dakwaan Shafee bahawa beliau “menarik diri” daripada bertindak mewakili Najib dalam rayuan rasuah SRC kerana tidak berpuas hati dengan pasukan Zaid.

Kedua-dua Zaid dan Liew menunjukkan kepada hakim bahawa Najib telah melepaskan Shafee daripada mewakilinya sebagai peguam pada 25 Julai.

“Penegasan bahawa Tan Sri Shafee memutuskan untuk melepaskan dirinya daripada bertindak bagi perayu adalah salah.

“Oleh itu, kami dengan rendah hati terpaksa menulis surat kepada Mahkamah Yang Arif untuk memperbetulkan rekod,” menurut surat berkenaan seperti dilapor Malay Mail.

“Kami tahu perkara ini kerana apabila diarahkan untuk mengambil alih mengendalikan kes, kami telah dipanjangkan salinan surat perayu (Najib) kepada (Shafee) bertarikh 25 Julai 2022 yang melepaskan (Shafee) dan firmanya atas beberapa sebab yang dinyatakan di dalamnya, ” kata mereka dalam surat itu.

Zaid dan Liew menambah, Shafee tahu beliau telah dilepaskan daripada mewakili Najib kerana Mahkamah Persekutuan telah dimaklumkan secara rasmi oleh firma guaman Shafee & Co pada pagi 26 Julai sebelum rayuan didengar.

Zaid dan Liew berkata mereka telah menerima salinan surat pelepasan yang menyenaraikan sebab pemecatan Shafee tetapi berkata mereka tidak dapat mendedahkannya atas alasan kerahsiaan peguam cara – pelanggan.

“Kami dihalang daripada mendedahkan surat ini kepada Mahkamah Yang Arif kerana keistimewaan profesion undang-undang,” kata mereka dalam surat kepada hakim.

Mereka menambah bahawa mereka bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada mahkamah tentang kenyataan mengelirukan dibuat Shafee.

“Hakikat bahawa [Shafee] sengaja membuat kenyataan tidak benar di mahkamah terbuka atas apa jua sebab, adalah, dengan hormat, bukan sesuatu yang boleh dibiarkan tanpa diperbetulkan,” kata Zaid dan Liew.

Media sebelum ini melaporkan, Najib pada 25 Julai memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.

Bekas perdana menteri itu dengan serta-merta, melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara baharu.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh 26 Julai.

Melalui surat itu, Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang 25 Julai, yang memberhentikan Muhammad Shafee dan peguam cara lain daripada firma berkenaan dengan serta-merta daripada mewakilinya dalam rayuan akhir itu.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan danda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020, terhadap Najib setelah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
4 jam lalu· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Hukuman penjara sepanjang hayat pembunuh Along Spoon dipinda ke 33 tahun
November 17, 2023· Isu semasa
Hadi kekal MP Marang, mahkamah tolak rayuan petisyen UMNO-BN
November 15, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok