Dua Felda Kechau kena PKPD esok

January 21, 2022 · Isu semasa

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Felda Kechau 6 dan Ladang Felda Kechau 9 di Mukim Kechau, Lipis, Pahang akan dilaksanakan mulai 22 Januari ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di dua lokaliti terbabit.

Menurut kenyataan menerusi laman Facebook, beliau berkata PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 4 Februari 2022.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan lokaliti yang dikenakan PKPD akan ditutup dengan kawalan dilaksanakan polis dibantu Angkatan Tentera Malaysia dam Rela.

Semua penduduk juga tidak dibenarkan keluar rumah atau kediaman masing-masing dan hanya seorang sahaja wakil setiap rumah dibenar keluar untuk memberi barang keperluan di kedai dalam radius 10 kilometer dari rumah.

Penduduk juga tiada dibenar melakukan pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok