Dua eksekutif IT didenda RM140,000 ubah suai komputer firma minyak

February 16, 2022 · Isu semasa

Dua eksekutif IT dilepaskan daripada hukuman penjara, namun masing-masing didenda RM140,000, atau penjara setahun oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas dua pertuduhan mengubah suai kandungan pelayan komputer sebuah syarikat minyak tanpa kebenaran pada 2009.

R Muralitharan dan R Pathmanathan masing-masing didenda RM70,000, atau penjara enam bulan jika gagal, bagi setiap pertuduhan, lapor Bernama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Shell Information Technology International Sdn Bhd, Jalan Usahawan, Century Square, di Cyberjaya, Selangor pada 28 Februari 2009 dan 1 Mac 2009.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai oleh Datuk Suraya Othman, membenarkan kedua-dua lelaki itu membayar denda itu selewat-lewatnya pada 5 petang Jumaat ini dan jika gagal, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka.

Beliau berkata mahkamah mengambil kira hasil daripada tindakan kedua-dua mereka, kos untuk memulihkan pelayan yang rosak serta kos penyiasatan serta proses perundangan lain berjumlah RM5 juta.

Hakim itu berkata tindakan kedua-dua lelaki tersebut telah menjejaskan rakyat di Malaysia, United Kingdom, Norway dan beberapa bahagian lain di dunia.

Beliau berkata mahkamah juga mempertimbangkan faktor-faktor diringankan hukuman yang dikemukakan oleh kedua-dua lelaki itu bahawa mereka adalah pesalah pertama dan mempunyai anak untuk dijaga dan mempunyai pekerjaan.

Suraya yang bersidang bersama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan menggantikannya dengan denda.

Muralitharan, 43, dan Pathmanathan, 45, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2011 atas dua pertuduhan mengubah suai kandungan pelayan syarikat tanpa kebenaran dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan yang akan dijalani secara berturut-turut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen, menyebabkan Muralitharan dan Pathmanathan merayu ke Mahkamah Rayuan.

Dalam prosiding di Mahkamah Rayuan hari ini, peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Pathmanathan memberitahu mahkamah bahawa representasi kedua-dua lelaki itu telah diterima pihak pendakwaan yang bersetuju supaya kedua-dua lelaki itu dikenakan denda dengan syarat mereka menarik balik rayuan terhadap sabitan mereka.

Peguam Geethan Ram dan Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muralitharan memohon mahkamah mengenakan denda RM30,000.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khushairy Ibrahim memohon mahkamah mengenakan denda RM70,000 bagi setiap pertuduhan, atas alasan perbuatan kedua-dua lelaki itu telah menyebabkan 681 pelayan terjejas dan memerlukan kerja pemulihan dijalankan di negara-negara termasuk Malaysia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Belanda, Norway, Rusia dan Kazakhstan.

Berita berkaitan
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
7 jam lalu· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid
September 23, 2022· Politik
Hakim baharu akan dengar saman 1MDB terhadap Deutsche Bank, enam pihak lain
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
1 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
2 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok