Dua daerah di Kedah banjir, tapi Mat Maslan ramal tiada banjir besar

October 27, 2022 · Isu semasa

Dua daerah di Kedah dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak semalam.

Penduduk di Kubang Pasu dan Padang Terap terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air, menurut laporan seramai 164 mangsa daripada 50 keluarga sudah dipindahkan sejak pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata satu PPS di daerah itu dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai pada 10.30 malam yang menempatkan 88 mangsa daripada 27 keluarga.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim, berkata dua PPS yang dibuka di daerah itu adalah di SK Perik dan SK Tualak yang beroperasi sejak 11.46 malam tadi.

Beliau berkata, PPS Perik menempatkan 33 mangsa daripada lapan keluarga, manakala PPS SK Tualak menempatkan 43 mangsa daripada 15 keluarga.

“Paras air meningkat susulan hujan lebat hampir lima jam bermula 5.30 petang hingga 10 malam tadi menyebabkan paras air mencecah 0.5 meter (m) hingga satu m yang memasuki kediaman penduduk.

“Keadaan itu mengundang bahaya kepada penduduk menyebabkan dua PPS dibuka malam tadi.

“Setakat ini, paras air Sungai Janing menunjukkan paras melebihi tahap amaran, manakala sungai lain dalam keadaan normal, namun penduduk yang tinggal berhampiran sungai perlu lebih berhati-hati dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya paras air terus meningkat,” katanya.

Untuk rekod, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini meramalkan tiada banjir besar akan melanda negara kerana tahun lepas sudah banjir besar.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
7 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok