Dua beranak ditahan, polis rampas dadah RM1.95 juta

March 15, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang bapa dan anak lelakinya serta merampas dadah jenis methamphetamine dianggar seberat 54.06 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1.95 juta dalam serbuan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata lelaki warganegara Thailand berusia 49 tahun dan anak lelakinya yang juga rakyat tempatan berusia 26 tahun itu ditahan pada 4.50 petang di sebuah kawasan tempat letak kereta.

Beliau berkata hasil serbuan tersebut, polis merampas satu kotak berwarna coklat berisi 10 bungkusan teh cina bertulisan Guanyinwang mengandungi dadah yang dianggar seberat 10.2 kg, lapor Bernama.

“Susulan itu, pada jam 6.20 petang hari sama, polis memeriksa sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Saujana Putra dengan dipandu arah kedua beranak itu.

“Hasil pemeriksaan menjumpai dua lagi kotak berwarna coklat mengandungi 43 bungkusan teh sama masing-masing berisi dadah jenis sama dengan anggaran berat keseluruhan 43.86 kg.

“Dadah tersebut dipercayai berasal dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Ahmad Jefferi berkata semakan mendapati anak lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 namun hasil saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif terhadap dadah.

Beliau berkata polis turut menyita sebuah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM60,400 manakala kedua-duanya yang menetap di Kelantan kini direman hingga 17 Mac untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita berkaitan
Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini
17 jam lalu· Isu semasa
Dua saksi dicari bantu perbicaraan kes bunuh warga Indonesia
May 30, 2023· Isu semasa
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023· Isu semasa
Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah
May 26, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok