Dua anggota polis maut ketika kejar pelumba haram

August 8, 2021 · Isu semasa

Dua anggota polis maut selepas motosikal dinaiki bertembung sesama sendiri ketika mengejar suspek lumba haram dalam Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 24.4 Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) arah Kajang menghala ke Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, kedua-dua mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, masing-masing berpangkat sarjan dan konstabel berusia 36 tahun dan 26 tahun, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang berpangkat sarjan bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), manakala rakannya yang berpangkat Konstabel bertugas di Cawangan Jenayah (D4).

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata ketika kejadian, kedua-dua bersama-sama melakukan tugas dalam Operasi Samseng Jalanan BSPT IPD Kajang di laluan yang sering digunakan samseng jalanan untuk berlumba.

“Kedua-dua mangsa, masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 115Z dan Yamaha RXZ mengejar suspek lumba haram dalam operasi itu.

“Ketika sedang mengejar, mangsa yang menunggang Yamaha 115Z dari arah Kajang bertembung dengan motosikal rakannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-duanya cedera parah pada muka serta kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Jenazah mereka dibawa ke Hospital Serdang untuk urusan bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dibuat bagi mengenal pasti punca kemalangan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
37 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Gombak Setia jadi perhatian Anwar Ibrahim
8 minit lalu
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok