Dua anggota Abu Sayyaf ditembak mati, tujuh ditangkap

August 20, 2021 · Isu semasa

Pasukan keselamatan menembak mati dua anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) berpangkalan di Sulu, Filipina, dalam satu gerakan di sebuah ladang kelapa sawit di Pulau Timbang, kira-kira 6 kilometer dari Sandakan, pagi tadi.

Kumpulan ASG terbabit dikatakan menunggu di kawasan itu untuk menculik pemilik ladang bagi mendapatkan wang, tetapi rancangan mereka itu gagal setelah ketua kumpulan kecil ASG, Sansibar Bencio yang ditahan di Taman Sri Arjuna, Beufort pada Mei lalu, mendedahkannya kepada pihak polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata susulan pendedahan itu satu operasi pasukan keselamatan terdiri daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dijalankan semalam.

“Operasi ini dilancarkan selepas Bencio mendedahkan bahawa dia telah mengarahkan dua anggota yang ditembak itu untuk menculik dua pemilik ladang kelapa sawit berketurunan Cina yang tinggal di Sandakan dan Sukau (Kinabatangan) untuk mendapatkan wang tebusan.

“Tindakan itu bagi memberi dana kepada kumpulan di markas timur Sulu di Kompleks Bud Bawis, Panamao, Sulu, Selatan Filipina,” katanya pada sidang media di Sandakan, hari ini.

Hazani berkata dua anggota militan yang maut itu dikenali sebagai Rakim Landasan dan Alnasir Landasan berumur antara 30 dan 40 tahun, ditembak mati kira-kira jam 5 pagi dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di ladang berkenaan.

Beliau berkata sepucuk pistol A Colt .45, yang biasa digunakan di Filipina dan sebilah parang ditemukan bersama pengganas yang maut itu.

Beliau berkata operasi itu adalah susulan daripada serbuan di ladang terbabit pada 18 Ogos, yang membawa kepada tangkapan 11 lelaki, tujuh daripadanya disahkan oleh pihak berkuasa Filipina sebagai anggota ASG.

“Dalam serbuan itu, dipercayai beberapa lelaki telah melarikan diri dan usaha mengesan mereka disambung semula pada 19 Ogos,” katanya.

Tanpa mendedahkan maklumat lebih lanjut, beliau berkata polis mempunyai maklumat risikan mengenai lokasi saki-baki anggota ASG yang mungkin bersembunyi di negeri ini yang menurut kumpulan itu, mereka percaya Sabah adalah ‘safe haven’ (tempat perlindungan yang selamat) untuk mereka daripada dikesan pihak berkuasa.

“Saya menegaskan bahawa Sabah bukan ‘safe haven’ untuk ASG. Saya mahu membuang persepsi itu. Kami (polis) tidak akan berhenti mengesan mereka,” katanya.

Hazani turut mengingatkan majikan termasuk pemilik ladang kelapa sawit dan pengurus pembinaan, untuk memastikan pekerja mereka mempunyai dokumen yang sah bagi mengelakkan mengambil pengganas sebagai pekerja.

Berita berkaitan
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu· Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
9 jam lalu· Isu semasa
Malaysia catat kerugian RM560 juta akibat jenayah siber tahun lepas
August 11, 2022· Isu semasa
Dua negeri diarah bersiap sedia susulan amaran hujan berterusan
August 6, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
49 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
2 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
3 jam lalu · Isu semasa
Pasukan khas tangani inflasi beri kesan positif: Mustapa
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok