Dr Noor Hisham kecewa, pergerakan besar-besaran masih berlaku, gesa rakyat duduk rumah

May 29, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan kecewanya, tatkala mendapati pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri sudah dikeluarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata demikian susulan laporan yang disiarkan antaranya oleh Agenda Daily yang memaklumkan aliran trafik sesak di beberapa lebuh raya utama pagi ini.

Justeru beliau menegur tindakan berkenaan dan meningatkan orang ramai bahawa membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung Covid-19.

“Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting. Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes tidak terkawal

“Sekiranya kami rebah, anda dan keluarga mungkin tidak akan menerima rawatan yang sebaiknya. Jika lebih malang, tiada lagi katil di hospital. Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal,” ciapnya di twitter hari ini.

Tegasnya, petugas barisan hadapan sudah penat. Tetapi mereka masih gagahi demi menyelamatkan nyawa semua.

“Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga,” katanya.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung susulan pengumuman ‘total lockdown’ menjelang 1 Jun ini.

Rentetan itu aliran trafik sesak di beberapa lebuh raya utama pagi tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur dan di beberapa lebuh raya utama yang lain.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 13 Jun 2021, susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jangkitan baharu Covid-19 melonjak melepasi 6,000 kes
November 10, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Jangkitan di lapan negeri naik, 11 kes positif Covid-19 di PPS
December 27, 2021
Kenapa tiada tindakan terhadap Ramasamy seperti pemain hoki wanita kena?
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok