Dr Mahathir pertahan cadangan tambat ringgit, elak krisis

June 2, 2022 · Isu semasa

Sekali lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan cadangannya supaya kerajaan mengambil langkah untuk menambat mata wang ringgit bagi memastikan negara tidak terjerumus ke dalam krisis ekonomi yang lebih parah selepas ini.

Bekas Perdana Menteri itu tetap dengan pendirian awalnya sebelum ini walaupun kerajaan enggan melayani cadangan menambat ringgit dengan memberi alasan sumber kewangan negara mencukupi untuk mengambil langkah tersebut.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai jumlah tabungan yang terbesar di dunia kerana mempunyai dana yang banyak, maka negara mampu melaksa­nakan kaedah berkenaan.

“Malaysia boleh buat tamba­tan ringgit, orang lain (negara lain) tak boleh buat kerana Malaysia mempunyai simpanan cukup banyak. Bank Negara punya simpanan lebih daripada RM100 bi­lion.

“Dahulu masa kita ada krisis mata wang, Bank Negara cuma ada RM30 bilion saja, itu pun kita boleh buat (tambatan).

“Jadi apabila kita tetapkan nilai ringgit, jadi mudah bagi orang berniaga apabila nilai ditetapkan sebanyak itu. Tapi ada orang kata kalau kita tetap nilai ringgit, kita akan hadapi banyak masalah,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Berhubung penolakan cadangan tersebut, Dr Mahathir berkata semasa langkah tersebut diambil kerajaannya pada 1998 ia turut mendapat bantahan tetapi akhirnya ia terbukti berjaya menyelamatkan negara dan tidak menyebabkan negara bankrap.

“Dahulu pun pada tahun 1998 pun ada orang kata demikian juga.

“Pakar-pakar kewangan kata kalau kita tetapkan kadar tukaran wang, negara akan bankrap. Tapi kita tak bankrap. Bahkan kita dapat pulih semula,” katanya lagi.

Terdahulu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ia bukan langkah terbaik untuk menambat ringgit memandangkan kepentingan negara dalam persekitaran semasa yang mencabar.

“Dasar tukaran asing yang fleksibel mampu menyerap kejutan ekonomi dan memelihara daya saing Malaysia dalam persekitaran global yang mencabar.

“Menambat ringgit bukanlah langkah yang terbaik demi kepentingan Malaysia. Ia akan mendatangkan risiko yang besar kepada negara.

“Sebagai contoh, kita perlu meniru dasar monetari negara yang kita tambatkan mata wang. Jika Rizab Persekutuan (Fed) mahu menaikkan kadar sebanyak tiga peratus, maka kita juga perlu mengikutinya. Ini menyebabkan kita akan kehilangan kebebasan monetari,” katanya dipetik laporan.

Dr Mahathir sebelum ini mengesyorkan kerajaan kembali menambat ringgit bagi menghentikan ketidaktentuan nilainya dan memulihkan semula kewangan negara.

Ujarnya, kerajaan perlu berani melaksanakan langkah menambat ringgit seperti mana dilaksanakan ketika era pentadbirannya pada 1997 hingga 1998.

“Ringgit kita yang naik turun nilainya. Pendapat saya didapati semasa menangani krisis mata wang pada 1997 hingga 1998. Walaupun tindakan Malaysia dikecam hebat tetapi ia berjaya menghentikan ketidaktentuan nilai ringgit dan kewangan kita dipulih semula.

“Akhirnya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia mengakui bahawa tindakan Malaysia berjaya menghentikan ketidaktentuan nilai ringgit dan kemiskinan yang berlaku,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu· Isu semasa
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
16 jam lalu· Politik
Ringgit kekal momentum kejatuhan diheret sentimen pelabur di AS
May 31, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini
17 jam lalu · Isu semasa
Kematian saksi 1MDB, polis sahkan tiada unsur jenayah
May 31, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok