Dr Mahathir masuk IJN lagi, jalani prosedur perubatan elektif

Selepas dirawat 16 hari pada bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan IJN dalam satu kenyataan yang mengesahkan bekas Perdana Menteri dua kali itu itu dimasukkan ke IJN kerana perlu menjalani prosedur perubatan elektif.

“Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN hari ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif.

“Berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini, tiada pelawat dibenarkan untuk melawat Dr Mahathir,” kata kenyataan itu, yang turut dikongsikan akaun Twitter rasmi bekas Perdana Menteri berkenaan.

Pada 16 Disember lalu, IJN memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan kerana perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemantauan lanjut.

Ahli Parlimen Langkawi itu berada di IJN selama lapan hari, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember lalu, selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, hanya 16 hari selepas keluar daripada pusat perubatan itu, bulan lalu.

IJN dalam kenyataan memaklumkan, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG)

BERITA BERKAIT
POPULAR