Dr Mahathir diundang parti kerajaan Indonesia sampaikan kuliah umum

June 17, 2022 · Isu semasa

Tun Dr Mahathir Mohamad diundang menyampaikan kuliah umum Parti Nasional Demokrat (NASDEM) Indonesia, salah satu parti dalam gabungan pemerintahan Presiden Joko Widodo bagi menyampaikan kuliah umum.

Dalam kuliah umum semasa lawatan singkatnya, bekas Perdana Menteri itu berkata kejayaan sesebuah negara boleh dicapai apabila terdapat kepimpinan yang baik dan tidak henti memikirkan nasib rakyat, melangkaui nasib diri dan keluarga, lapor Bernama.

Pemimpin yang mahu menerajui kepimpinan nasional juga perlu mempunyai jati diri yang tinggi dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Dr Mahathir tiba di Jakarta tengahari tadi untuk lawatan singkat atas undangan Ketua Umum Parti NASDEM Surya Paloh. NASDEM merupakan salah satu parti dalam gabungan pemerintahan Presiden Joko Widodo.

Jelasnya, beberapa negara yang demokrasinya jauh lebih matang telah terpesong daripada aspirasi nasional, apabila pemimpin-pemimpinnya menjadi dalang untuk melakukan jenayah perang terhadap negara lain.

“Pemimpin-pemimpin sebegini yang selayaknya digelar penjenayah perang adalah contoh bagaimana pemimpin yang curang dan penipu mampu membuat negara-negara yang telah matang demokrasinya tergelincir daripada landasan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang stabil perlu bagi seseorang pemimpin untuk memajukan negaranya meskipun sering disalah-ertikan sebagai menggalak kepada authoritarianisme dan pemerintahan diktator.

Bagi beliau kerajaan yang stabil bermaksud kepimpinan nasional, setelah terpilih menerusi pilihanraya yang adil dan telus tidak berterusan bergelumang dengan politik kepartian.

“Demokrasi yang dipegang perlu difahami sebagai menerima keputusan majoriti rakyat dan yang tewas menghormati keputusan itu dan tidak melakukan aksi-aksi politik yang menyebabkan ketidakstabilan kepada Kerajaan,” jelasnya.

Pembangkang pula perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pengkritik yang konstruktif serta menjadi pemerhati yang efektif, dan cuma dalam keadaan yang luar biasa baharulah pembangkang menekan supaya pemimpin kerajaan melepaskan jawatan dan tidak semestinya keseluruhan kerajaan.

Berita berkaitan
Gempa bumi di Selat Sunda, Indonesia
May 10, 2023· Dunia
Barat Indonesia dilanda gempa bumi kuat
April 25, 2023· Dunia
Gempa bumi kuat di Indonesia turut sampai ke Malaysia
April 4, 2023· Isu semasa
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok