Dr Mahathir dimasukkan ke IJN jalani pemeriksaan menyeluruh

Institut Jantung Negara (IJN) mengesahkan bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke pusat rawatan tersebut pada malam ini.

Kenyataan IJN memaklumkan Dr Mahathir tiba sekitar 7 malam tadi dan akan menjalani pemeriksaan menyeluruh bagi melihat tahap kesihatannya.

“Beliau akan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan pemerhatian lanjut,” kata kenyataan ringkas dua perenggan tersebut.

IJN juga berkata beliau bakal menjalani rawatan untuk beberapa hari di pusat tersebut.

Dr Mahathir kali pertama berjaya menjalani pembedahan koronari pertamanya pada 24 Januari 1989.

Ia disusuli dua lagi pembedahan pada 2006.

Beliau mendapatkan rawatan bagi semua serangan jantung itu di IJN.

BERITA BERKAIT
POPULAR