Dr Mahathir dibenar keluar IJN

September 4, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (4 September) dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di mana beliau dimasukkan untuk rawatan selepas disahkan positif Covid-19 empat hari lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat beliau berkata Dr Mahathir akan diletakkan di bawah kuarantin di rumah mulai hari ini, hingga 6 September.

“Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan meninggalkan IJN pada jam 9.30 pagi tadi.

“Dr Mahathir dimasukkan ke IJN selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos. Dr Mahathir akan meneruskan kuarantinnya di rumah sehingga 6 September,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan ringkas.

Dr Mahathir, 97, menjadi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii yang disahkan positif Covid-19, pada Mac 2020 ketika awal wabak itu menyerang Malaysia.

Keputusan ujiannya adalah negatif dan Dr Mahathir mematuhi kuarantin diri selama 14 hari seperti yang diperlukan ketika itu.

Pada akhir Julai 2021, salah seorang pegawainya tidak menunjukkan gejala, tetapi disahkan positif Covid-19 dalam saringan di Parlimen.

Dr Mahathir walaupun beliau berkata tidak menjadi kontak rapat dengan pegawai itu di Parlimen, tetap melakukan ujian tetapi negatif.

Sebelum dijangkiti Covid-19, kali terakhir Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN adalah pada akhir Januari tahun ini.

Pada 22 Januari, Dr Mahathir disahkan berada di IJN dan telah menjalani rawatan perubatan. Dia dibenarkan keluar pada 5 Februari.

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
2 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
2 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok