Dr Mahathir beri penjelasan sebab pilih Tommy Thomas, tak tahu berat sebelah

October 25, 2022 · Isu semasa

Selepas dikritik teruk berhubung pemilihan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan berhubung pemilihan dibuatnya semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Dr Mahathir berkata pada awalnya berpandangan Thomas seorang yang ‘saksama dan mematuhi kedaulatan undang-undang’, namun nampaknya ia berubah selepas menulis memoir kontroversinya, ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

“Selepas menulis buku itu, beliau mula menyuarakan pandangannya, namun pelantikan beliau dibuat sebelum buku itu ditulis.

“Kami tahu ketika itu beliau seorang peguam yang berpegang pada kedaulatan undang-undang. Jadi, dia dilantik atas faktor itu.

“Beliau tidak berat sebelah dan berpihak pada kerajaan, malah dia amat kritikal terhadap saya ketika saya menjadi Perdana Menteri. Dia saksama, sebab itu dia dilantik.

“Jika saya perlu mengulanginya semula, saya akan melantik seorang individu yang tidak berat sebelah,” katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir mendakwa, bekas Peguam Negara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tidak melakukan tugasnya dengan betul kerana melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sebaik saja Mohamed Apandi dilantik, beliau memaklumkan Najib tidak bersalah, tetapi selepas Peguam Negara baharu dilantik, beliau mendapati ada banyak kesalahan dilakukan Najib.

“Selepas meneliti bukti, Thomas putuskan ia perlu dibawa ke mahkamah. Sembilan hakim di tiga mahkamah selepas empat tahun putuskan Najib melakukan banyak jenayah, yang menunjukkan Mohamed Apandi tidak melakukan tugas dengan betul,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir menolak dakwaan Thomas dalam memoirnya yang mengatakan kerajaan Melayu tidak kompeten untuk menguruskan negara.

“Negara ini sudah merdeka lebih 65 tahun. Lebih 60 tahun kerajaan didominasi orang Melayu. Ia digelar ‘Harimau Asia’ dan menjadi negara terbaik dalam kalangan bekas jajahan British.

“Jadi, kamu tidak boleh salahkan orang Melayu atas salah urus tadbir kerana mereka yang memajukan negara ini, bukan British.

“Ketika British memerintah, Malaysia amat miskin. Hanya selepas merdeka, negara ini dibangunkan,” katanya.

Berita berkaitan
Kertas siasatan Dr Mahathir dirujuk ke Peguam Negara Selasa ini
22 jam lalu· Politik
Akrab dengan Zahid, Anwar diibarat bergayut di ranting yang patah
June 3, 2023· Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023· Politik
Melayu muda lupa bersama Pakatan Harapan
June 1, 2023· Rencana
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok