‘Dr Ganja’ diperintah bela diri

January 28, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan seorang pesara tentera atau digelar ‘Dr Ganja’ membela diri atas 39 pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pesuruhjaya Kehakiman Julia Ibrahim membuat keputusan itu terhadap Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 63, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 7, 8, 13 dan 18 April, untuk tertuduh membela diri, lapor Bernama.

Amiruddin didakwa atas 16 pertuduhan mengedar ganja dengan anggaran berat 77.48493 kilogram dan 14.647 liter, mengikut Seksyen 39B(1)(A) ADB yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dia juga dituduh atas 18 pertuduhan menanam pokok ganja mengikut Seksyen 6B(1)(a) yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya enam kali sebatan.

Amiruddin turut menghadapi empat pertuduhan memiliki ganja dan satu pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang pada 12.30 tengah hari, 26 Mei 2017.

Seramai 17 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula sejak 8 April 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin dan tertuduh diwakili peguam Ramkarpal Singh dan Harshaan Zamani.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok