DPP dijangkiti Covid-19, kes Lokman Adam ditangguh kepada 17 Ogos

August 3, 2022 · Isu semasa

Kes bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dituduh menghina mahkamah yang dijadualkan hari ini ditangguh, kerana Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dijangkiti Covid-19 dan menjalani kuarantin.

Ketika kes bermula pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah, DPP Mohd Isa Mohamed memaklumkan rakannya DPP Izalina Abdullah disahkan positif Covid-19 semalam dan perlu dikuarantin selama seminggu.

“Oleh itu saya memohon tarikh lain untuk kehadiran. Beliau menguruskan kes ini sejak mula,” jelasnya.

Peguam Lokman, K. Balaguru menyatakan bahawa beliau merasakan Majlis Peguam harus menghadiri prosiding menghina mahkamah untuk membantu.

Tetapi hakim berkata tidak ada keperluan sedemikian.

“Saya fikir ini adalah kes penghinaan yang mudah di hadapan mahkamah. Sekarang anak guam anda telah membuat tuntutan perbicaraan dengan berkesan, kami perlu melalui usul perbicaraan. Saya tidak fikir Majlis Peguam perlu terlibat dalam perkara ini.”

Balaguru mengesahkan bahawa pihak pembelaan tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan supaya kes penghinaan itu dijadualkan semula.

Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan petang 17 Ogos untuk pendengaran prosiding menghina Lokman.

Peguam Singara Velan hari ini turut hadir mewakili Lokman.

Lokman, 49, yang menyifatkan pekerjaannya sebagai “blogger bebas”, hadir di mahkamah hari ini.

Pada 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi mengeluarkan notis kepada Lokman setelah dia didakwa menghina seorang anggota polis di mahkamah dan mempersoalkan undang-undang.

Insiden itu didakwa berlaku selepas anggota polis berkenaan menegurnya kerana menggunakan telefon bimbitnya semasa prosiding yang sedang dijalankan membabitkan perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ini bukan kali pertama Lokman dikenakan prosiding menghina mahkamah.

Pada 15 Julai 2021, Sequerah mendapati Lokman bersalah atas tuduhan menghina bagi tindakan mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak 2019 berhubung penyelewengan lebih RM2 bilion dana 1Malaysia Development Berhad.

Sequerah telah menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada Lokman berhubung kes penghinaan itu. Lokman telah merayu terhadap hukuman penjara, yang belum selesai di Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
22 jam lalu· Isu semasa
Kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
24 jam lalu· Isu semasa
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023· Isu semasa
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
7 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
16 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
23 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
23 jam lalu · Isu semasa
LRT Ampang tergendala: landasan bengkok, struktur jejambat rosak
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
11 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok