DPMM gesa bantuan GKP ditingkatkan, tidak cukup kepada peniaga

September 17, 2021 · Isu semasa

Kerajaan digesa meningkatkan jumlah bantuan kewangan yang disalurkan menerusi Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kerana ia masih tidak mencukupi, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya, Abdul Halim Husin tidak menafikan bantuan tersebut dapat meringankan peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bagaimanapun ia perlu dikaji semula kerana tekanan perniagaan kini berpunca daripada pelbagai faktor, bukan sahaja disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya lihat bantuan ini dapat meringankan beban tetapi ia tidak mencukupi.

“Jumlah RM500 yang diberikan untuk sebulan tidak mampu menampung kos perniagaan menjual nasi lemak di tepi jalan yang modalnya mencecah RM1,000,” katanya dipetik sebuah portal hari ini.

Abdul Halim berkata kenaikkan harga barang asas sejak mutakhir ini juga secara tidak langsung memberi kesan kepada kos yang perlu ditanggung para peniaga.

Ditambah dengan kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini yang membebankan, ini tentunya tidak cukup untuk peniaga kecil bertahan dengan hanya bergantung kepada bantuan itu,” katanya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan disalurkan bermula Selasa depan.

Beliau berkata, bantuan berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM500 juta, akan memberi manfaat kepada sejuta PKS mikro.

Abdul Halim berkata, pengusaha PKS kecewa kerana bantuan yang diberikan itu tidak memadai untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

“GKP 4.0 kali ini bagaikan memberi bantuan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), bukan PKS.

“Ia seolah-olah bantuan untuk beri makan seorang anak selama sebulan,” katanya.

Berita berkaitan
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022· Politik
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
PBM berhak buat keputusan mohon sertai BN, kata Setiausaha Agung
August 6, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Wall Street jejas bursa saham
8 minit lalu · Isu semasa
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
14 minit lalu · Isu semasa
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
52 minit lalu · Isu semasa
3,083 kes semalam, 12 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok