Dos vaksinasi harian sebanyak 337,478 diberikan semalam, kata Adham

Inisiatif dan langkah membuka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara menunjukkan kesan positif apabila jumlah pemberian dos harian vaksinasi harian semalam mencatatkan peningkatan dengan sebanyak 337,478 dos disuntik kepada orang ramai.

Secara keseluruhaan, sebanyak 10,750,748 dos sudah diberikan kepada orang ramai.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,396 adalah dos pertama manakala 124,082 adalah dos kedua.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 92,400 orang, disusuli Sarawak (65,967), Kuala Lumpur (52,891), Perak (25,877) dan Negeri Sembilan (21,057).

Dr Adham berkata sehingga semalam juga jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,435,877 dan dos kedua 3,314,871.

BERITA BERKAIT
POPULAR