Dos penggalak tak dijadikan syarat wajib lengkap vaksin

December 2, 2021 · Isu semasa

Kerajaan tidak bercadang menjadikan pengambilan dos penggalak sebagai syarat wajib buat masa ini untuk melengkapkan dos vaksin Covid-19 bagi rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata seperti vaksin dos pertama dan kedua, pengambilan dos penggalak adalah secara sukarela, menurut lapora Bernama.

“Walaupun peratusan (penerimaan) dos penggalak agak perlahan iaitu hanya 10.83 peratus sahaja setakat ini, tetapi kita tidak boleh jadikan booster (dos penggalak) sebagai wajib.

“Tetapi dengan munculnya varian yang membimbangkan (VOC) Omicron, kita sarankan agar dos penggalak ini diambil,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) mengenai sama ada Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjadikan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksin Covid-19 susulan terdapat 30 hingga 40 peratus penerima dua dos vaksin menolak untuk mengambil dos penggalak.

Menjelas lanjut, Aaron berkata KKM akan terus giat melaksanakan langkah dan kempen bagi memastikan penerima dos lengkap vaksin menerima dos penggalak.

Menjawab soalan asal Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) mengenai kajian dan data yang dirujuk KKM dalam memutuskan tentang keperluan dos ketiga, Aaron berkata ia hasil analisis interim yang melaporkan terdapat 10 peratus iaitu 55 kes daripada 551 petugas kesihatan mendapat jangkitan selepas menerima vaksin lengkap Comirnaty dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Beliau berkata dalam satu kajian lagi iaitu RECoVaM (The Real-World Evaluation of Covid-19 Vaccines under the Malaysia National Covid-19 Immunisation Program) yang dijalankan ke atas 14,500,984 individu yang menerima dos lengkap, terdapat jangkitan dan kadar keseluruhan adalah 1.30 antara 100 orang.

“Separuh daripada kesemua breakthrough Infections (mendapat jangkitan) berlaku dalam tempoh 30 hari, kadar breakthrough infection meningkat dengan peningkatan hari sejak penerimaan dos lengkap vaksin dan kadar jangkitan adalah 5.20 peratus hingga 5.32 peratus dalam tempoh 120 hari selepas dos lengkap,” katanya.

Sementara itu, Aaron berkata sehingga 30 Nov lepas, penerima dos penggalak adalah seramai 2,457,510 orang atau 10.83 peratus daripada jumlah penduduk dewasa yang telah menerima dos lengkap.

Beliau berkata dos itu diberikan kepada individu dewasa berumur 18 tahun dan ke atas dengan keutamaan kepada kumpulan rentan serta berisiko tinggi bagi memastikan perkhidmatan kesihatan negara terus berfungsi dalam tahap optimum.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai perkembangan serta kepentingan suntikan dos penggalak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok