Dos penggalak kedua boleh diambil bagi individu sihat berusia 50-60 tahun

July 19, 2022 · Isu semasa

Individu sihat berumur 50 hingga 59 tahun kini diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksin COVID-19, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata keputusan itu berdasarkan syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk perlindungan daripada risiko penyakit yang teruk akibat Covid-19, menurut laporan Bernama.

“KKM telah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan, jangkitan serius serta kematian.

“KKM menggesa agar semua individu yang layak tampil untuk mendapatkan perkhidmatan ini supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimum terhadap penyakit Covid-19,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) mengenai keadaan terkini ancaman varian baharu Covid-19 dan tindakan KKM menghadapinya.

Antara golongan yang layak menerima dos penggalak kedua sebelum ini adalah individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi serta individu berumur 60 tahun ke atas tanpa komorbiditi serta mendapat saranan daripada pengamal perubatan.

Selain itu, warga emas yang tinggal di fasiliti penjagaan jangka panjang, individu berumur 18 hingga 59 tahun yang berisiko tinggi serta petugas barisan hadapan juga layak mendapat dos penggalak kedua.

Dalam pada itu, Khairy berkata KKM juga sedang melihat kepada penghasilan vaksin generasi baharu yang mungkin akan ke pasaran serta mendapat kelulusan badan regulatori kesihatan.

“Sekiranya didapati vaksin yang dibangunkan untuk varian seperti Omicron ini berkesan dan selamat, mungkin perolehan boleh dipertimbangkan untuk masa akan datang,” katanya menjawab soalan tambahan Rubiah mengenai sejauh mana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan sebelum ini membolehkan negara berhadapan dengan varian baharu yang datang.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok