Dos penggalak antara syarat baharu solat Jumaat di Selangor

February 22, 2022 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan penerima dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid, mulai 25 Februari 2022.

Arahan dan peraturan baharu itu dikeluarkan menerusi pekeliling yang diedarkan kepada masjid, surau dan musolla dibuat susulan peningkatan jangkitan Covid-19 di Selangor.

Sehingga semalam, Selangor merekodkan 901,859 kumulatif positif, dengan 827,001 pesakit telah sembuh, 10,128 kes kematian, dan 64,730 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 63,042 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 398 ditempatkan di PKRC; 1,256 dimasukkan ke hospital; dan 34 dirawat di unit rawatan rapi dengan 24 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pekeliling bertarikh 21 Februari 2022 itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan agar pentadbiran masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor meningkatkan penguatkuasaan.

“Dengan Perkembangan terkini penularan Covid-19, dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla.

“Setelah mendapat nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, baginda telah berkenan agar pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh negeri Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan, usaha dan tindakan,” kata kenyataan itu.

Tindakan yang perlu diambil ialah:

  • Memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1 meter;
  • Memastikan hanya jemaah yang telah menerima vaksin lengkap dan vaksin penggalak dibenarkan hadir bagi menunaikan solat fardu Jumaat. Pentadbir hendaklah mengesahkan status vaksinasi jemaah melalui data yang dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera. Adalah menjadi tanggungjawab kepada jemaah untuk membuktikan, mengemukakan, dan menunjukkan status vaksinasi masing-masing kepada pentadbir masjid, surau dan musolla;
  • Memastikan jemaah membawa dan menggunakan sejadah bersaiz standard dan kekal memakai pelitup muka sepanjang berada di ruang solat;
  • Memastikan vantilasi berlaku di ruang solat berhawa dingin dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla bagi memastikan tidak berlaku kitaran peredaran udara tepu yang memungkinkan penularan lebih mudah berlaku; dan
  • Memastikan sanitasi dibuat secara berjadual atau berkala, khususnya sebelum atau selepas solat Jumaat atau majlis yang melibatkan penyertaan jemaah yang ramai.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok