Dolar AS rendah, ringgit meningkat

January 13, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS ketika pembukaan pada Khamis berikutan kadar inflasi yang meningkat menyebabkan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah, kata peniaga.

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1725/1765 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1860 semalam, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menunjukkan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 39 tahun, menyebabkan Rizab Persekutuan mengalami tekanan untuk mula menaikkan kadar faedah.

“Walaupun inflasi yang tinggi biasanya menyebabkan dolar AS meningkat, perkara sebaliknya berlaku dan ini disebabkan pasaran telah mengambil kira inflasi yang tinggi,” katanya.

Dari segi teknikal, Diniz berkata dolar AS yang merosot dijangka tidak lama dan harga boleh mendapat sokongan hampir kepada paras 4.1650.

“Jika ia stabil pada sekitar paras ini, ia boleh naik kepada paras 4.2400 dalam tempoh beberapa hari,” katanya.

Sementara itu, pada pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0992/1027 daripada 3.0976/0989 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6397/6435 daripada 3.6280/6296.

Ia turut merosot berbanding euro kepada 4.7746/7792 daripada 4.7565/7582 semalam dan rendah berbanding pound kepada 5.7197/7251 daripada 5.7043/7064 sebelum ini.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Aktivis disiasat polis selepas pertikai PMX Islamkan pemuda India
August 22, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
23 jam lalu · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
23 jam lalu · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok