Dokumen Rosmah bocor: Polis ambil keterangan Hakim Mohamed Zaini

September 2, 2022 · Isu semasa

Polis mengesahkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan adalah antara saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung kebocoran kononnya keputusan penghakiman ke atas Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi tiga pertuduhan rasuah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata polis sudah merakamkan kenyataan sekurang-kurangnya 10 saksi berkaitan siasatan kes itu.

Antara saksi dan pegawai mahkamah yang sudah dirakam percakapan ialah hakim Mahkamah Tinggi, untuk membantu siasatan ke atas dakwaan ‘draf penghakiman’ bocor mengenai kes rasuah Rosmah, menurut BH.

Beliau berkata kenyataan itu diambil daripada kakitangan bahagian penyelidikan mahkamah dan Mohamed Zaini.

“Pada masa ini, siasatan masih berlangsung dan setakat ini sekurang-kurangnya kita sudah merakam kenyataan daripada 10 saksi.

“Dalam masa terdekat, beberapa saksi lain turut akan dipanggil membantu siasatan,” katanya.

Eng Lai berkata pihaknya sedang dalam proses mengenal pasti mereka di sebalik kebocoran yang didakwa itu.

Pada 29 Ogos lalu, blogger Raja Petra Kamarudin berkongsi dokumen itu di laman webnya dengan mendakwa bahawa keputusan penghakiman yang mendapati isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu bersalah, telah pun ditulis.

Semalam, Mohamed Zaini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta setelah mendapati Rosmah gagal dalam pembelaannya terhadap tiga pertuduhan rasuan melibatkan projek solar hibrid sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah didapati bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah – RM1.5 juta dan RM5 juta – daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Suapan itu diterima melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Sistem Hibrid Fotovolta Suria Bersepadu (PV) serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel untuk 369 sekolah bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Ketika menolak permohonan Rosmah untuk menggugurkan beliau daripada terus mendengar dan membuat keputusan kes rasuah itu, Hakim Mohamed Zaini berkata beliau selama ini telah menulis sendiri semua 200 penghakiman yang telah dibuatnya tanpa mendapat bantuan pihak lain.

Menurutnya ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya beliau berbuat demikian.

“Saya telah melakukan kajian sendiri. Saya telah menulis 200 penghakiman setakat ini dan semuanya saya tulis sendiri. Ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya tugas saya.

“Saya tidak mempunyai prejudis terhadap beliau (Romsmah),” katanya.

Menurutnya dokumen terbabit (kononnya penghakiman kes Rosmah yang bocor) bukanlah alasan penghakiman yang disediakan olehnya dan beliau tidak akan menggunakannya dalam penghakiman.

Keputusan dalam kes Rosmah adalah dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang, katanya.

Berita berkaitan
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
10 jam lalu· Isu semasa
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
15 jam lalu· Isu semasa
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
17 jam lalu· Isu semasa
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
10 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
11 jam lalu · Isu semasa
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
6 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok