Dokumen peribadi mangsa banjir boleh ditukar secara percuma: Hamzah

December 21, 2021 · Isu semasa

Mangsa banjir yang kehilangan kad pengenalan, pasport dan dokumen peribadi di bawah agensi kementerian dalam negeri boleh mendapatkan penggantian dokumen peribadi itu secara percuma.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa yang dokumen mereka musnah atau hilang akibat banjir dalam masa terdekat.

“Sekarang ini mangsa boleh memberi tumpuan kepada proses pembersihan banjir dan pihaknya menerusi JPN dan Jabatan Imigresen serta agensi berkaitan akan membantu mendapatkan dokumen berkenaan.

“Selepas ini segala dokumen, sijil kelahiran, sijil kematian, pasport atau dokumen yang musnah akibat bencana (banjir) ini akan diberikan (penggantian) secara percuma,” katanya menurut laporan Bernama.

Hamzah terdahulu melawat dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Batu 18, Kampung Jawa.

Beliau berkata banjir yang berlaku di Hulu Langat serta Shah Alam di Selangor adalah di luar jangkaan dan persediaan agensi di bawah kementeriannya memberi fokus ke negeri di Pantai Timur.

“Kebiasaannya negeri di Pantai Timur akan mengalami banjir sekitar November hingga Mac dan keadaan ini menyebabkan aturan gerak aset tertumpu ke kawasan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun menurut Hamzah, susulan kejadian banjir di Selangor, perbincangan akan diadakan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kementerian kewangan dalam usaha mengkaji struktur penggunaan aset dan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam operasi banjir.

Mengulas komen netizen yang mendakwa usaha menyelamat yang lambat oleh Polis Diraja Malaysia kepada mangsa banjir, Hamzah berkata: “Saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat yang menyalurkan maklumat untuk bantuan… (tetapi) kita perlu faham keadaan (banjir) di Selangor jarang berlaku dan kita perlu melihat apa yang perlu dilakukan selain kekangan serta masalah untuk masuk ke kawasan menyelamat,” katanya.

Hamzah berkata pihaknya akan mendapatkan bantuan lebih 5,000 anggota daripada Rela dan agensi berkaitan bagi menampung kekuatan lebih 23,000 anggota dan pegawai PDRM dalam operasi membantu mangsa di lapan negeri yang terjejas akibat banjir.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok