‘Dokumen penghakiman’ Rosmah pula didakwa bocor, polis siasat

August 27, 2022 · Isu semasa

Dokumen yang didakwa kononnya berkaitan penghakiman ke atas perbicaraan kes rasuah projek solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor, didapati telah dibocorkan hari ini di laman web blogger dalam buruan, Raja Petra Kamarudin.

Dokumen tiga muka surat itu diterbitkan di portal Malaysia Today kendalian Raja Petra, bertajuk; “Rosmah Mansor akan diputuskan bersalah pada 1 September 2022”.

Keputusan untuk perbicaraan rasuah hibrid solar Rosmah di Mahkamah Tinggi dijadualkan diserahkan pada 1 September.

Raja Petra, mendakwa kononnya keputusan bersalah tidak ditulis oleh hakim bicara, tetapi orang yang tidak dikenali bagi pihak hakim berkenaan

“Tugas hakim hanya akan menyampaikan keputusan minggu depan,” katanya.

Perbicaraan kes isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak – yang kini meringkuk di Penjara Kajang – dilakukan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Dia turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017.

Satu lagi artikel di portal itu, bertajuk “Muat Turun Atau Lihat Penghakiman 71 Halaman Dan Keputusan Bersalah Terhadap Rosmah Mansor Di Sini” membenarkan pengguna mengakses dokumen yang dikatakan dalam versi penuh itu.

Semakan lanjut ke atas dokumen yang bocor menunjukkan ia disediakan oleh Unit Penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hingga kini, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kebocoran yang dikatakan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim kemudiannya dipetik portal berita MalaysiaGazette sebagai menggesa pihak membuat laporan berhubung dokumen yang bocor untuk membolehkan siasatan dimulakan.

Minggu lalu, pegawai mahkamah membuat laporan polis berhubung draf penghakiman yang bocor berhubung rayuan terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan.

Dalam cara yang sama, dokumen yang didakwa bocor telah diterbitkan di portal Raja Petra, dengan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menegaskan bahawa ia adalah draf penghakiman yang belum dimuktamadkan lagi, dan bahawa dokumen itu telah diubah suai.

Berita berkaitan
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
18 jam lalu· Politik
Perbicaraan 10 kes bekas Menteri Besar Perlis dari UMNO berjalan serentak
18 jam lalu· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023· Isu semasa
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
June 2, 2023· Politik
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok