‘Dokumen penghakiman’ kes rasuah Rosmah bukan keputusan sebenar

August 27, 2022 · Isu semasa

Polis mengesahkan satu dokumen mahkamah – kononnya keputusan penghakiman ke atas Datin Seri Rosmah Mansor bagi kes rasuah projek solar sekolah-sekolah di Sarawak – dan didakwa disediakan lebih awal, sebenarnya telah disunting.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai turut menafikan dakwaan bahawa dokumen yang bocor itu adalah draf keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata pengadu telah menjelaskan bahawa dokumen yang bocor itu adalah laporan dalaman sulit yang merupakan draf awal yang disediakan oleh Unit Penyelidikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Dokumen itu dikatakan sebagai kerja penyelidikan perbicaraan yang sedang berjalan dan merupakan pandangan yang dinyatakan oleh unit kepada hakim.

“Menurut pengadu, dokumen itu akan dipinda berdasarkan penemuan penyelidikan baharu dan kajian lanjut dan bukannya satu keputusan penghakiman,” katanya dalam satu kenyataan.

Beh berkata pengadu memaklumkan kepada polis bahawa dokumen yang diterbitkan telah disunting.

“Pengadu berkata dokumen itu telah disunting daripada yang asal,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana membocorkan maklumat sulit, Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat sensitif dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan kebencian.

Beliau berkata, aduan polis itu difailkan oleh ketua jabatan penyelidikan mahkamah semalam selepas dokumen itu disiarkan sebuah blog, Malaysia Today,yang dikendalikan penulis dalam buruan, Raja Petra Kamaruddin yang dikehendaki pihak berkuasa kerana menyiarkan pelbagai artikel yang didakwa palsu.

Dokumen tiga muka surat itu diterbitkan di blog Malaysia Today kendalian Raja Petra, bertajuk: “Rosmah Mansor akan diputuskan bersalah pada 1 September 2022”.

Keputusan untuk perbicaraan rasuah hibrid solar Rosmah di Mahkamah Tinggi dijadualkan diserahkan pada 1 September.

Raja Petra, mendakwa kononnya keputusan bersalah tidak ditulis oleh hakim bicara, tetapi orang yang tidak dikenali bagi pihak hakim berkenaan

Satu lagi artikel di portal itu, bertajuk “Muat Turun Atau Lihat Penghakiman 71 Halaman Dan Keputusan Bersalah Terhadap Rosmah Mansor Di Sini” membenarkan pengguna mengakses dokumen yang dikatakan dalam versi penuh itu.

Minggu lalu, pegawai mahkamah membuat laporan polis berhubung draf penghakiman yang bocor berhubung rayuan terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan.

Dalam cara yang sama, dokumen yang didakwa bocor telah diterbitkan di blog Raja Petra, dengan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menegaskan bahawa ia adalah draf penghakiman yang belum dimuktamadkan lagi, dan bahawa dokumen itu telah diubah suai.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022· Isu semasa
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
September 30, 2022· Politik
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Sokong tubuh RCI siasat kerajaan bayar RM6 bilion tapi LCS tak siap
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
13 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
19 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
21 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok