Doktor meninggal di hotel disyaki alami kemurungan kerana kerja

May 24, 2022 · Isu semasa

Polis menemukan beberapa jenis ubat antikemurungan di sebuah bilik hotel di Pasir Panjang, Port Dickson, di mana seorang doktor berusia 37 tahun ditemukan meninggal dunia minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed juga mengesahkan ahli keluarga memaklumkan kepada polis bahawa doktor berkenaan mengalami kemurungan.

“Mangsa dikatakan mengalami kemurungan berkemungkinan disebabkan oleh pekerjaannya dan perkara tersebut dimaklumkan ketika temu bual dengan keluarga mangsa.

“Pihak polis juga ada menemui beberapa jenis ubat-ubatan berkaitan kemurungan di dalam bilik tersebut,” katanya, menurut laporan Utusan.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang wanita yang juga pegawai perubatan di sebuah hospital kanak-kanak di Petaling Jaya, Selangor ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel di Pasir Panjang, pada petang 20 Mei lalu.

Aidi Sham berkata, pada jam 2 petang, pihaknya telah menerima maklumat daripada pekerja sebuah hotel di Pasir Panjang yang telah menemui seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas katil bilik hotel tersebut.

“Siasatan awal pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah didapati di tempat kejadian dan semakan dari pihak hotel mendapati mangsa telah mendaftar masuk seorang diri pada 19 Mei lalu.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Pasir Panjang pada jam 2.56 petang,” katanya.

Menurutnya polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.

17 April lalu, seorang doktor pelatih berusia 25 tahun yang baharu tiga minggu menjalani latihan di Hospital Pulau Pinang ditemukan meninggal dunia di kediamannya dipercayai akibat tekanan kerja.

Kematian doktor pelatih itu mencetuskan spekulasi meluas bahawa dia mungkin menjadi mangsa penderaan tempat kerja. Bagaimanapun Jabatan Kesihatan Negeri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan menubuhkan pasukan petugas khas untuk meningkatkan budaya kerja dalam perkhidmatan kesihatan negara berikutan dakwaan buli dan tekanan mental oleh pekerja kesihatan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir
January 5, 2022
100 hari: KJ cuma bagi markah B- untuk kerajaan Anwar
March 7, 2023
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
17 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
17 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok