Doktor jual sijil palsu vaksinasi minta rakan cari pelanggan: Polis

January 10, 2022 · Isu semasa

Doktor yang ditahan di sebuah klinik di Marang, Terengganu minggu lepas kerana disyaki mengeluarkan sijil palsu suntikan vaksin Covid-19, dipercayai menggunakan rakan-rakannya untuk mencari pelanggan.

Susulan itu, seramai enam individu berusia antara 35 dan 57 tahun yang disyaki menjadi ejen doktor tersebut ditahan di sekitar Marang, Dungun dan Kuala Terengganum semalam bagi membantu siasatan kes itu, lapor Bernama.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata ejen tersebut dibayar serendah RM50, manakala bayaran dikenakan untuk mendapatkan sijil vaksinasi palsu adalah antara RM400 hingga RM600 bagi setiap pelanggan.

“Mereka bukan kakitangan klinik tapi lebih kepada kawan-kawan, ejen ini cari orang untuk vaksin di klinik suspek. Mereka ditahan semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai keterangan diambil,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media pagi tadi, Rohaimi berkata doktor lelaki berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan tersebut secara bersendirian di dalam bilik rawatan tanpa bantuan kakitangan klinik.

Sabtu lalu, doktor yang mendakwa dirinya antivaksin itu ditahan di sebuah klinik swasta di Marang, selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Rohaimi siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu telah berurusan dengan klinik tersebut untuk tujuan vaksinasi, namun daripada jumlah itu pihaknya masih menyiasat angka sebenar individu yang mendapat sijil vaksinasi palsu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan terdapat jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang suntikan vaksin dan dibenarkan pergi mengerjakan ibadah itu.

Khairy berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada mereka yang tidak divaksinasi terbabit, adalah disebabkan faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Annuar yang pernah fitnah Bersatu dilantik pengerusi baharu UDA
March 23, 2023
Enggan vaksin, guru boleh ditukar jika jejas proses PdP
September 26, 2021
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
23 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
23 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok