Doktor berdepan situasi sukar, keutamaan untuk pesakit berpotensi sembuh

May 29, 2021 · Isu semasa

Para doktor kini sedang berdepan situasi sukar susulan peningkatan jangkitan kes Covid-19 yang tinggi setiap hari dan keutamaan rawatan terpaksa diberikan kepada pesakit yang berpotensi sembuh, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata senario tersebut adalah realiti sebenar yang dihadapi para doktor dalam membuat keputusan yang dianggap berat memandangkan kes aktif pesakit dijangkiti Covid-19 sudah melebihi kemampuan mereka untuk merawat.

“Apabila kes aktif Covid-19 melebihi kemampuan kami untuk merawat, maka para doktor terpaksa membuat pilihan sukar utk utamakan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit yang berpotensi sembuh yang tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuh rendah (poor prognosis).

“Terkini inilah hakikat sebenar,” ciap Noor Hisham dalam akaun Twitternya malam ini.

Sementara itu, Noor Hisham juga berkata bilik simpanan mayat di hospital-hospital bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sudah semakin penuh dan tidak dapat menampung jumlah kematian akibat Covid-19.

Susulan itu, pihak KKM terpaksa menyediakan beberapa kontena khas di hospital seluruh negara untuk menyimpan mayat-mayat sebelum dituntut waris.

“Bilik simpanan mayat di hospital-hospital KKM kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung jumlah jenazah/mayat susulan peningkatan kematian akibat Covid-19.

“Sehubungan itu, pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah/mayat,” katanya.

Kontena jenazah tambahan terpaksa disediakan di lima buah hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Queen Elizabeth I & Hospital Sungai Buloh serta satu “fleximort” khusus untuk jenazah Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Negara hari ini mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 9,020 kes baharu, termasuk lima kes import, menjadikan jumlah kes aktif sekarang mencecah 76,218 kes

KKM juga melaporkan jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi adalah sebanyak 98 kes.

Berita berkaitan
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM
June 26, 2023· Isu semasa
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
8 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok