Doakan Malaysia berjaya lawan Covid-19: PM

July 19, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan daripada keberkatan saat jemaah haji berwukuf di Padang Arafah untuk memperbanyakkan doa supaya negara mencapai kemenangan melawan pandemik Covid-19.

Memetik hadis riwayat Tirmizi berkaitan doa pada hari Arafah, beliau pada masa sama turut mengajak umat Islam mendoakan rakyat Malaysia diselamatkan daripada sebarang penyakit, bala dan perpecahan di kalangan rakyat.

“Bersempena dengan keberkatan saat-saat wujuf di Arafah, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan zikir dan berdoa ke hadrat Allah SWT, agar kita beroleh keredhaan dan keampunan daripadanya, dan negara kita diselamatkan dari wabak Covid-19 dan dari segala bentuk ancaman penyakit, bala atau perpecahan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri akan memberikan ucapan khas sempena Aidiladha yang akan disambut umat Islam Malaysia esok, pada jam 9 malam ini menerusi televisyen.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok