Dividen SSPN tiga peratus

February 22, 2022 · Isu semasa

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen tiga peratus bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) tahun 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM206.25 juta.

Pemberian dividen itu akan memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta pendeposit SSPN, kata Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan, sambil menambah jumlah dividen sejak Simpan SSPN diperkenalkan dahulu kini mencapai RM1.06 bilion.

Beliau berkata kadar dividen tiga peratus tersebut diberi berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang diterima PTPTN.

“Kadar dividen tiga peratus yang diberikan ini adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang diterima oleh PTPTN.

“Pendeposit Simpan SSPN boleh membuat semakan di penyata simpanan masing-masing melalui portal rasmi www.PTPTN.gov.my mulai 25 Februari 2022 ini,” katanya.

Wan Saiful berkata dividen yang diberikan itu masih lagi kompetitif berbanding keuntungan akaun semasa dan akaun-akaun simpanan tetap yang lain dan mengambil kira mandat pelaburan PTPTN yang dibenarkan oleh kerajaan adalah terhad.

“Justeru, jika dilihat kadar tiga peratus itu berbanding kadar dasar semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia pada 1.75 peratus dan keuntungan serta kadar faedah produk simpanan ditawarkan bank tempatan bagi tahun 2021 yang kebanyakan adalah antara 1.5 hingga 2.2 peratus, sesungguhnya produk simpan SSPN ini masih lagi menawarkan kadar pulangan yang menarik dan kompetitif,” katanya.

Wan Saiful berkata 2021 mencatatkan jumlah deposit Simpan SSPN tertinggi, iaitu RM3.01 bilion dan menjadikan jumlah keseluruhan deposit sebanyak RM10.88 bilion setakat 31 Disember tahun lalu, manakala keuntungan pelaburan sebanyak RM267.61 juta.

Sementara akaun baharu yang dibuka pula ialah sebanyak 421,281 berbanding sasaran 400,000 akaun.

Pada masa sama, PTPTN turut melancarkan Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 kepada pendeposit yang layak pada kadar satu peratus atas simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi bermula 22 Februari hingga 30 April 2022.

Berita berkaitan
Kaedah pinjaman baharu untuk M40 bakal diperkenal PTPTN
September 16, 2022· Isu semasa
Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri
August 18, 2022· Politik
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022· Isu semasa
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
7 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
18 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok